Pengajaran Isipadu Cecair Tahun 2
1.0 PENGENALAN
Isipadu cecair ialah berapa banyak ruang yang dipenuhi cecair dalam sesuatu bekas. Murid-murid kemungkinan salah faham apabila membandingkan kapasiti air dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk. Contohnya, murid membuat tanggapan bahawa semua bekas yang tinggi mempunyai isipadu cecair yang lebih daripada bekas yang rendah saiznya. Maka, di sini peranan guru sangat penting dalam membentuk konsep isipadu cecair dalam kalangan murid. Guru boleh menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran isipadu cecair. Aktiviti pengajaran untuk membentuk konsep pemahaman isipadu cecair hendaklah dirancang dengan teliti supaya memberi satu pengajaran yang berkesan kepada murid-murid supaya murid-murid dapat senang memahami konsep isipadu cecair dalam sebuah bekas.
2.0 Bahan Bantu Mengajar Pengajaran Isipadu Cecair untuk Murid Tahun 2
Bahan bantu mengajar bagi pengajaran isipadu cecair untuk murid Tahun 2 boleh dibahagikan kepada dua, iaitu bahan yang digunakan untuk mengajar unit-unit bukan piawai dan bahan yang digunakan untuk mengajar unit piawai.
2.1 Bahan bantu mengajar untuk mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit bukan piawai
2.2 Bahan bantu mengajar untuk mengukur isipadu cecair dengan menggunakan unit piawai
2.3 Kelebihan Menggunakan Bahan Bantu Mengajar yang Dicadangkan
Bahan bantu mengajar yang ditunjukkan di atas adalah sesuai digunakan untuk pengajaran isipadu cecair Tahun 2. Kelebihan bahan-bahan tersebut adalah seperti berikut:
i. Mudah didapati dan dilaksanakan semasa pengajaran isipadu cecair. Bahan-bahan mengajar seperti cawan, botol air, baldi, cerik, gelas, dan jag mudah didapati dari rumah. Oleh itu, tenaga dan masa dapat dijimatkan dalam menyediakan bahan-bahan mengajar untuk tajuk isipadu cecair.
ii. Bahan-bahan mengajar yang digunakan, iaitu cawan, botol air, baldi, cerik, dan jag adalah bahan-bahan maujud yang merangsangkan murid menggunakan semasa menyukat isipadu cecair. Murid-murid pernah menggunakan bahan-bahan tersebut dalam kehidupan harian mereka. Mereka mempunyai pengetahuan sedia ada mengenai isipadu cecair seperti penuh, separuh, dan kosong. Bahan-bahan tersebut menarik dan murid dapat menumpukan perhatian semasa mengajar kemahiran menyukat dan membandingkan isipadu cecair. Gambar di bawah menunjukkan penggunaan antara bahan-bahan tersebut dalam kehidupan seharian kita.
iii. Bahan-bahan pengajaran, iaitu cawan, botol air, baldi, cerik, dan jag adalah sesuai digunakan bagi semua murid mahupun murid cemerlang dan murid lambat belajar. Ini adalah kerana bahan-bahan tersebut pernah dilihat dan digunakan oleh semua murid semasa aktiviti harian di rumah dan juga di persekitaran mereka.
iv. Bahan-bahan tersebut adalah menjimatkan perbelanjaan dalam menyediakan bahan bantu mengajar untuk murid. Guru tidak perlu mengeluarkan wang untuk membeli bahan-bahan tersebut kerana ianya boleh dibawa dari rumah.
Bahan-bahan mengajar yang lain iaitu silinder dan bikar yang mudah didapati dari makmal sains ataupun di bilik Pusat Sumber Sekolah. Bahan-bahan mengajar tersebut juga mudah digunakan, sesuai untuk semua aras murid, dan berekonomi. Silinder dan bikar yang ada tanda unit ukuran membolehkan murid-murid menyukat isipadu sesuatu cecair dengan tepat. Murid-murid juga boleh membaca isipadu sesuatu cecair yang terkandung dalam bekas-bekas ini dengan ukuran yang tepat.
3.0 Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran Menggunakan Bahan Bantu Mengajar
Dua aktiviti pengajaran isipadu cecair untuk murid Tahun 2 disediakan seperti berikut. Setiap aktiviti disediakan untuk murid pencapaian tinggi dan murid pencapaian rendah.
3.1 Aktiviti 1 (untuk murid pencapaian tinggi)
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit tidak piawai.
Bahan bantu mengajar : botol air mineral dan botol air
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan beberapa cawan plastik, botol air mineral, dan botol air kepada murid.
2. Guru minta murid menyebut kegunaan bahan-bahan tersebut.
3. Murid dibahagikan kepada empat kumpulan. Setiap kumpulan diberi beberapa cawan plastik kosong. Setiap kumpulan juga menerima sebotol air mineral dan sebotol air seperti yang ditunjukkan di bawah:
4. Guru menerangkan aktiviti kumpulan kepada murid. Guru minta murid menuangkan air dari sebotol air mineral ke dalam cawan plastik dan mengira bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air mineral dari botol air mineral.
5. Murid menuangkan air dari sebotol air mineral ke dalam cawan plastik dan mengira bilangan cawan yang diperlukan untuk mengisi kesemua air mineral dari botol air mineral.
6. Guru minta murid melakukan aktiviti yang sama untuk mengira bilangan cawan plastik yang diperlukan untuk mengisi air botol.
7. Murid merekodkan keputusan dalam borang yang diberi seperti berikut:
Bahan | Bilangan cawan plastik yang diperlukan |
Air botol mineral | 6 |
Air botol | 9 |
Murid membuat rumusan bahawa tidak semestinya semua bekas yang tinggi mempunyai isipadu cecair yang lebih daripada isipadu cecair yang tergandung dalam bekas rendah. Isipadu cecair adalah saiz ruang sesuatu bekas yang diisi dengan cecair.
3.2 Aktiviti 1 (untuk murid pencapaian rendah)
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit tidak piawai.
Bahan bantu mengajar : gelas kosong, jag, dan cerik
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan beberapa gelas kosong, jag, dan cerik yang diisi teh ‘O’ kepada murid.
2. Guru minta murid menyebut bahan yang ditunjukkan dan cecair yang terdapat dalam jag dan cerik .
3. Murid dibentukkan dalam kumpulan. Murid diberikan beberapa gelas kosong, jag, dan cerik seperti yang ditunjukkan.
4. Guru menerangkan aktiviti kumpulan kepada murid. Guru minta murid menuangkan semua teh ‘O’ dari jag ke dalam gelas kosong yang diberi. Murid mengira bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi kesemua teh ‘O’ dari jag.
5. Murid mengulangi aktiviti ini dengan mengira bilangan gelas yang diperlukan untuk mengisi teh ‘O’ dari cerik.
6. Murid merekodkan keputusan dalam borang yang diberi seperti berikut:
Bahan yang diisi teh ‘O’ | Bilangan gelas yang diperlukan |
Jag | 6 |
Cerik | 10 |
Murid membuat rumusan bahawa tidak semestinya semua bekas yang tinggi mempunyai isipadu cecair yang lebih daripada isipadu cecair yang tergandung dalam bekas rendah. Isipadu cecair adalah saiz ruang sesuatu bekas yang diisi dengan cecair.
3.3 Aktiviti 2 (untuk murid pencapaian tinggi)
Kemahiran : Mengukur dan membanding isipadu cecair
Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran murid dapat mengukur dan membandingkan isipadu cecair dengan menggunakan unit-unit piawai.
Bahan bantu mengajar : silinder dan bikar
Aktiviti :
1. Guru menunjukkan dua buah silinder dan dua buah bikar yang berlainan saiz kepada murid.
2. Murid menyebut nama dan bentuk saiz bahan yang ditunjukkan.
3. Guru mendemonstrasikan dengan mengisi cecair berwarna kuning sebanyak 30 ml ke dalam setiap bikar yang berlainan saiz.
4. Murid melihat aras cecair dan membaca isipadunya.
5. Murid membuat rumusan bahawa isipadu cecair bagi kedua-dua bikar adalah sama walaupun bikar tinggi menunjukkan aras air yang tinggi daripada aras air dalam bikar rendah.
6. Guru membahagikan murid kepada empat kumpulan. Guru memberi tiga buah bikar dan tiga buah silinder yang berlabel ‘A’, ‘B’, dan ‘C’ yang diisi cecair yang berlainan isipadu kepada kumpulan murid tersebut.
7. Murid mengukur dan membaca isipadu cecair dalam setiap bikar dan silinder. Murid merekodkan kandungan isipadu cecair dalam bikar dan silinder pada sebuah borang jadual yang diberi seperti berikut.
Bahan | A (ml) | B (ml) | C (ml) |
Silinder | |||
Bikar |
8. Murid membuat perbandingan isipadu cecair di antara bikar dan silinder.
9. Guru memberi lembaran kerja kepada murid.
Soalan: Tulis “lebih” atau “kurang” pada tempat kosong yang diberi.
i. Bikar A mempunyai isipadu cecair ______________ daripada bikar B.
ii. Bikar C mempunyai isipadu cecair ______________ daripada bikar B.
iii. Bikar A mempunyai isipadu cecair ______________ daripada bikar C.
iv. Silinder A mempunyai isipadu cecair ______________ daripada silinder C.
v. Silinder B mempunyai isipadu cecair ______________ daripada silinder A.
vi. Silinder C mempunyai isipadu cecair ______________ daripada silinder B.
6. Guru membentukkan murid dalam kumpulan. Murid diberi dua buah silinder yang berlainan saiz, secawan plastik, dan bekas yang mengandungi cecair berwarna.
7. Murid mengisi 200 ml cecair ke dalam setiap silinder dengan menggunakan cawan plastik. Murid membuat perbandingan aras ketinggian cecair pada kedua-dua silinder.
8. Murid membuat rumusan bahawa walaupun cecair yang diisi menunjukkan aras ketinggian yang berlainan pada kedua-dua silinder tetapi isipadunya adalah sama. Ini adalah disebabkan perbezaan ruang saiz kedua-dua silinder tersebut.
4.0 KESIMPULAN
Pengajaran isipadu cecair untuk muri-murid Tahun 2 sebenarnya adalah satu topik yang memang menarik dan menyeronokkan. Penggunaan bahan-bahan dan pendekatan yang sesuai dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran akan memperkukuhkan pemahaman konsep kemahiran yang diajar. Oleh itu kemungkinan salah faham murid-murid apabila membandingkan kapasiti air dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk tidak akan wujud jika menggunakan bahan bantu mengajar yang sesuai dan menarik serta kaedah pengajaran dan pembelajaran yang betul. Dengan ini tanggapan murid bahawa semua bekas yang tinggi mempunyai isipadu cecair yang lebih daripada bekas yang rendah saiznya tidak semestinya betul dapat dijelaskan dengan mudah dan senang.
Murid-murid perlu difahamkan konsep bahawa isipadu cecair adalah berkaitan dengan ruang yang diisi cecair dalam sesuatu bekas. Maka cecair yang diisi dalam ruang besar adalah lebih daripada cecair yang diisi dalam ruang kecil. Guru hendaklah melibatkan murid-murid melakukan sendiri pengukuran isipadu cecair dalam bekas yang berlainan saiz dan bentuk supaya murid-murid sendiri dapat melihat dan faham tentang perbezaan isipadu dalam dua bekas yang berlainan saiz.
Rujukan
1. Ministry of Education Malaysia, (2003). Integrated Curriculum for Primary Schools, Curriculum Specifications Mathematics Year 2. Kuala Lumpur: Curriculum Development Centre Ministry of Education Malaysia.
3. Murugiah V., Kao Thuan Keat, (2010). HBMT 2103 Teaching Mathematics in Year Two. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home